Latest blog entry

Maybank pencuri ?

From: “Maybank Berhad”
Date: Wed, 28 May 2008 19:04:36 +0000
Subject: Warning: Account Protection (May 29, 2008)

Dear Maybank Berhad Customer,
Maybank is committed to making your online transactions safe and secure. We take every precaution to protect our users’ information by
utilizing the latest technology and international industry standard practices.

We have noticed an increased SPAM attack on our customers, we then bring to you this new security to help protect your account and also to
serve our customers for a better and secure online service, against fraudulent activities and unauthorized access into personal details.

As part of the additional security, a TAC Code will be sent to your Mobile Phone as soon as you complete the first step. You will then provide
the code on Page 2 to complete the upgrade process.

Due to this recent security process, you are requested to update your account security with the New Maybank 2008 Security Process.

http://www.may2u-onlineprotect….

Regards

Customer Support
Maybank Berhad

Perhatian kepada semua pengguna Maybank2U ! Seperti tarikh yang tertera di atas, inbox emel aku menerima satu emel daripada Maybank Berhad yang memberi aku notis seperti di atas. Bacalah apa yang ditulis tuh. Hairan! Aku bukanlah pengguna Maybank2U, akaun pun tak ada. Link yang ada dalam emel tu aku buka dan terpapar satu form untuk isi details tentang akaun kita. First aku tengok link dia pun aku dah agak mesti phishing web untuk tipu pelanggan Maybank. Maknanya emel tu adalah emel palsu yang menggunakan nama Maybank untuk mencuri maklumat dari pelanggan Maybank.

HaHa !! Aku terus isi form tu dengan kata makian yang bersepah. Amek korang nak sangat tipu orang !
Ok! Aku harap sesapa lepas ni yang ada terima emel-emel yang macam ni, tolong ambil berat seberatnya. Lebih elok telefon Maybank untuk pengesahan. Jangan nanti kelabu biji mata dah la tengok akaun kosong.

May 31, 2008 | 6 Comments | Permalink

Uji kepantasan anda menaip

Baru sebentar tadi aku melawat blog kekawan aku dan aku amat tertarik dengan salah satu entri oleh encik nuarX kita yang meletakkan satu pautan untuk menguji kepantasan menaip. Habis saja membaca, ku terus masuk ke lama tersebut untuk menguji kepantasan jariku yang kekadang agak terbelit-belit jari.

Dalam laman tersebut, akan tersedia ayat-ayat untuk kita menaipnya dalam masa seminit.
Setelah mencuba dua tiga kali, akhirnya inilah yang terbaik untuk aku.
Huhuhu…

65 words

Speed test

264 points, so you achieved position 158201 of 846760 on the ranking list

You type 370 characters per minute
You have 65 correct words and
you have 1 wrong words

*Camne la agaknya manusia yang rank no 1 tu…jari cap apa laa ek…

May 29, 2008 | 9 Comments | Permalink

000webhost menawarkan space 250MB + 100GB bandwidth !

Mungkin ramai yang sedang atau mencari free web hosting yang support PHP, mungkin untuk blog mahupun portal menggunakan CMS. Aku nak share satu free web hosting yang mempunyai kriteria yang agak bagus untuk sesapa yang baru nak berjinak-jinak dengan website mahupun untuk kegunaan profesional. Free web hosting yang aku maksudkan ini adalah 000webhost yang menawarkan space sebanyak 250MB dan 100GB bandwidth.

Untuk hosting aku ni pun, aku pun gunakan 000webhost. Aku akan terus guna hosting ni sehinggalah aku terasa nak pindah ke web server yang lain pula, mungkin hosting yang berbayar. Setakat ini aku masih berpuas-hati dengan servis yang disediakan oleh 000webhost

250 MB Disk Space, 100 GB Data Transfer

We have enough room for your website, emails and databases. All our servers are also connected to dedicated 10mbps internet lines, so we can give you 100 GB data transfer absolutely free.
PHP with MySQL Database Support

Unlike other free webhosts we do support PHP and MySQL with no restrictions. You get full access to the latest version of PHP and MySQL. The following PHP features are fully supported:

* PHP mail() function and Sendmail
* Curl, GD2 library, ImageMagick, Zend
* fopen() and PHP sockets
* safe_mode is OFF, file uploads ON
* Zend Optimizer support, Ioncube loader.. and much more features are enabled

May 28, 2008 | 78 Comments | Permalink

Tahukah anda ?

Otot dalam jantung kita ni, mempunyai kekuatan atau power untuk menembak darah setinggi 10 meter ke udara…

Gajah satu2nya binatang yang tak boleh melompat…

Adalah mustahil untuk mejilat siku anda sendiri…

Otot yang paling kuat di badan kita adalah lidah…

Semua beruang kutub adalah kidal…cuba lah check sendiri kalo tak caya…

Buaya tak boleh mengeluarkan lidahnya, lain pula buaya darat…

Seekor lipas boleh hidup 9 hari walaupun tanpa kepalanya, ia hanya mati kerana tidak makan…

Rama-rama merasai manisan menggunakan kakinya…

Kebanyakkan daripada anda mencuba untuk menjilat siku sendiri selepas membaca entri ini…hehe!

May 27, 2008 | 7 Comments | Permalink

Masalah no-www domain.com VS www.domain.com

Sebentar tadi baru aku perasaan d’mana website aku tak leh masuk tanpa ‘www’ di depannya. Maknanya kalau masuk guna www.syafiq.org boleh tapi kalau syafiq.org, keluar notice error ape tah. Setelah penat soal jawab dengan Pakcik Google barulah jumpa jalan penyelesaian.

Kepada sapa2 yang ada masalah domain sama macam aku ni, ni ha dah ada jalan..
Buat satu file .htaccess ,pastu masukkan input ni dalam tu..contoh:

Options +FollowSymlinks
RewriteEngine on
rewritecond %{http_host} ^syafiq.org [nc]
rewriterule ^(.*)$ http://www.syafiq.org/$1 [r=301,nc]

Lepas tu, upload guna FTP ke File Manager ke apa dalam hosting website di dalam folder public_html …pastu tengok la keberkesanannya…

Guna dengan risiko anda sendiri ok. Aku tak bertanggungjawab.
Ni aku dah sediakan .htaccess untuk sesapa yang ‘rajin’, download dan edit la sendiri ek.

Nah amek dload
.htaccess

May 26, 2008 | 4 Comments | Permalink
Page 1 of 212»