CGYHost akan kembali ?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya Yazrie si Admin CGYHost ni. Ramai juga yang bengang dengan CGY kerana hilang tanpa sebarang notis, oh lupa..alasan terakhir sebelum lenyapnya mereka adalah server dilanda serangan garuda ddos! Ye ke ?? Entah laaa…

Aku antara pelanggan yang malang..huhu..telah banyak kali menghubungi CGY. Semua call, ofis,henfon..semua tak dijawab. Geram giler laah. Akhirnya setelah seminggu lebih, akhirnya inbox aku dimasuki SMS dari Yazrie!Jeng jeng jeng !

“Wsalam. CGY masih lg dlm proses penstrukturan semula dan sedang menunggu capital drpd investor kta. Blh bg domain tuan dan name server yg ingin dipoint, sy akn updatekn ns tuan.

-Yazrie CGYHost”

Camtu la isi SMSnya. Aku agak bosan,geram,marah dengan kerenah CGY yang buat tak kisah dengan pelanggannya(aku la!), sudahlah domain yang aku beli adalah *.com.my, maka urusan domain tersebut tidak dapat dikawal oleh aku kerana CGY mendaftar di MYNIC menggunakan nama syarikat CGY.

Bukanlah nak mencari masalah dengan pihak CGY, cuma harap lain kali notislah sama pelanggan-pelanggan yang banyak membantu CGY terus menapak dalam bidang web hosting ni.

Setelah aku balas SMS Yazrie dengan isi yang menyatakan DNS baru(aku cari server free buat sementara), aku tunggu la kot2 nak reply tapi takda pun. Setelah dua hari, domain aku masih belum boleh digunakan!

Yazrie !! CGYHost !! Cepat la pointkan domain aku ke server baru ! Nak guna laa.

Semoga CGYHost selepas ini akan lebih berhati-hati dan mementingkan pelanggan lebih dari segalanya.

Customer always right!

This entry was posted on Friday, June 20th, 2008 and is filed under Life. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “CGYHost akan kembali ?”

  1. shakroil

    sian peco-peco-peco-peco.. hahah!

  2. mrfathi

    Peco apsal bosan benar post ko ni.Sama je macam aku.hehe

  3. Darkz05

    huhu. memang ramai betul customer complain pasal CGYHost ni.

  4. Nona

    hurm.. agaknya yazrie tu pn takde duit dah nk topap enset sbb tu sminggu bru dia reply. Aku ada buat research psl komp hosting d mesia. based on research aku cgy ni tenggelam timbul dh brape kali n tiap kali timbul balik msti client dpt plng tidak rebate atau offer2 lain.

    Takpe.. kasi chance kt komp mlayu. aku x knal CGY tp aku tahu ape sdg blaku pd comp tu skrng. InsyaAllah akn bangkit kmbali tu.

  5. mazmi

    aku dlu dh serik ngn CGYHOST..lani guna datakl.com jek

Leave a Reply