Simcard patah

Simcard. Benda petak-petak duduk senyap-senyap dalam handphone telefon tangan. Pernah terpatah, dipatah, mengatah atau kau patahkan? Aku pernah, tapi sekadar suka-suka; mahu berkenalan dengan lebih dekat dengan simcard.

Walaupun menggunakan cip kecil tu saja, tanpa badannya, mampu menghidupkan handphone. Itu yang aku dapat. Mempergunakan simcard untuk eksperimen bodohku.

Akhirnya? Simcard ku patah sebenar-benarnya..alamak!

Esokkan harinya terpaksa aku bergerak ke Hotlink Center. Di kaunter, ada sorang makcik India tengah kunyah kacang

“Tumpang tanya, macam mana nak apply simcard baru”, aku tanya
“Hilang ke dik, hilang kalu mesti buat laporan polis”, jawab dia

“Tak tak tak, adik saya patahkan, dia dia..err…kat mana ek nak buat baru” aku tanya lagi
“Ooo..adik gi kaunter no 10, terus je gi sana tak payah ambil no giliran, sini bukan ada mesin tu pun..haha”, jawab dia

“Hehe..terima kasih makcik!”, balas aku sambil jentik2 serpihan kacang yang mendarat kat tangan aku

*Urusan dijalankan*
*Urusan selesai*
*Hilang RM10 aku untuk proses di atas*

Oh ya!!
Esok aku ada test untuk paper C++
Doakan aku !
T_T

This entry was posted on Monday, June 2nd, 2008 and is filed under Life. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Simcard patah”

  1. keL@t

    gud luck yek…

  2. nuarX

    c++ programming kan ? huu. aku dengar agak susah jugak subjek tu(sengaje takut2kan)hehehe. tapi kalau belajar tak main2 mesti senang punye tak ? ganbatte !

    p/s: c++ ? macam subjek engineering dekat matriks UIA dulu.huuu. adakah ?

  3. mrfathi

    Patah?camner bleh patah?sape patahkan?aduh kalau patah takpe.beli jer yg baru.Kan senang

  4. hendrastar

    huahuahua….tade keje la hg…

Leave a Reply