Latest blog entry

Laman penterjemah bahasa

Mungkin ramai yang tahu ataupun ramai lagi yang tidak mengetahui kewujudan sebuah laman web yang direka mempunyai fungsi Carian & Terjemahan. Web yang aku maksudkan adalah CitCat yang beroperasi lebih dari 5 tahun mengikut ahli nujum aku.

Terjemahan yang disediakan adalah dari Malaysia > English dan English > Malaysia. Menarik bukan ? Dengan semuanya disediakan secara percuma walaupun dahulunya diura-urakan akan dikenakan caj yang apabila tiba waktunya. Bila pun tak tau lah.

Dengan adanya web seperti ini, bukan saja memudahkan kerja terjemahan malah menyenangkan pengguna yang lemah dalam bahasa English mahupun Malaysia untuk menterjemah ayat-ayat yang mereka kurang mengerti.

Ini juga boleh memalaskan manusia menguasai bahasa English.

July 20, 2008 | 4 Comments | Permalink

Bontot Beruk

name="movie" value=" http://www.youtube.com/v/dWM7w410r0Y&hl=en&fs=1 " />

July 8, 2008 | 1 Comment | Permalink

Main DotA secara LAN di Garena

Kepada penggemar game WarCraft;DotA, aku ada satu benda yang cambest untuk bolehkan kalian berdota secara LAN bersama rakan di serata dunia menggunakan internet!

Internet;LAN?? Agak pelik bukan, bukankah LAN itu rangkaian setempat;rumah,pejabat. Dengan Garena, download saja perisiannya, daftar dan kalian boleh menggunakan sistem mereka untuk berdota secara melampau dengan kekawan di merata-rata.

Bukan sahaja warcraft, game lain pun boleh; tetapi yang disediakan servisnya sahaja. Sistemnya difahami begini, setiap user yang login di dalam server, akan berserta IP sendiri, dan ianya bertindak seperti berada dalam LAN. Hanya perlu masuk dalam room yang sesuai kemudiannya join game. Itu sahaja.

Kalian masuk saja sini untuk terperinci lagi Garena!

July 6, 2008 | 73 Comments | Permalink

Where the Hell are Matt’s Outtakes

name="movie" value=" http://www.youtube.com/v/tT8jA_pps3o&hl=en&fs=1 " />
Video yang abg ku bagi, seronok lihat si tuan video menari di serata dunia!

July 5, 2008 | Leave a comment | Permalink

Kronik.org akan kembali


Mungkin ramai yang belum mengenali portal Kronik.org yang dibangunkan hampir 5 bulan. Menyediakan forum,lagu,movie,software dan apa jua yang boleh dikongsi, Kronik.org di bawah kendalian aku dan kekawan lain telah berjaya menarik ramai ahli untuk memeriahkan portal Kronik.

Dengan pertambahan penduduk yang semakin padat, bar bandwitdh semakin pantas meningkat menuju angka maksimum menyebabkan hosting kronik hampir disuspend oleh penyedia hosting. Terima kasih kepada Izam yang banyak membantu aku dalam penyediaan hosting kronik, akhirnya kronik berpindah server yang lebih pantas dan bagus. 10GB bandwidth pada server lama tidak cukup buat Kronik. 10GB sedikit ? Pada aku agak banyak untuk portal yang sedang merangkak naik.

Sekarang aku masih dalam proses mengembalikan portal Kronik. Semua data sedang dimuatnaik semula ke hosting baru. Semoga hosting baru ni lebih cool !

Entri yang agak bosan ku rasa, hanya login saja ke www.kronik.org
Kita hidup berportal dan berforum sahaja lah ~

July 5, 2008 | 3 Comments | Permalink
Page 1 of 11