Latest blog entry

Minyak naik lagi

Uh…minyak naik lagi wajahmu terbayang
Terasa geramku kini kan berulang
Uh…minyak naik lagi senyuman berkurang
Sukar untuk aku cuba melupakan

Uh…degupan jantungku rasa kehangatan
Petrol seliter RM2.70 mana boleh ku tahan
Uh…tunjukkan kau jalan agar kisah tak berulang
Inikah hadiah dari kerajaan

Minyak naik lagi !

Lepas dapat tahu kenaikkan minyak daripada kawan aku semalam(berita lambat sampai), terkejut aku! Terus buka website BHarian dan dan dan mak eh !! naik 78sen..dan secara spontannya aku menyanyikan lagu Dina versi Minyak naik lagi…ini bermakna seliter bersamaan RM2.70 - satu pertambahan yang agak besar yang sebelumnya adalah RM1.92 seliter.

Sejak awal 2004, Pak Lah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini dengan alasan menstrukturkan semula subsidi kerajaan untuk rakyat. Kerajaan Pak Lah juga membanding-bandingkan harga minyak negara lain. Aiyaa..ini olang manyak susah looo..gua isi minyak pun lepas ni harga naik laah. Cisiii…!!

Lepas mandi, aku terus bergerak ke Shell yang dekat dengan rumah aku ni dan hasilnya, kereta berbaris panjang sehingga 1 KM untuk mengambil peluang hingga ke tengah malam untuk mengisi minyak. Harga baru berkuat-kuasa serta pada tengah malamnya. Alamak, aku pun beratur bersama kawanku AP dengan motor EX5 ku. Tunggu punya tunggu, dapat la isi penuh dengan harga terakhir ~!Ohh..

Lepas tu kami makan char kuey tiow !
balik.
tido.
bangun jam 3 tadi.
study marketing.
haha! kejap lagi paper pukul 8.
OK!!

June 5, 2008 | 5 Comments | Permalink
Page 1 of 11