Latest blog entry

YMail dan RocketMail

Agak ganjil ketika pertama kali melihat YMail ? Yahoo Mail dipanjangkan. Haha. Takkan nak tiru GMail plak. Nampaknya Google dan Yahoo mempunyai saingan yang sengit dalam penyediaan akaun percuma emel.

Pada mulanya Google menyediakan perkhidmatan emel percuma dengan domain GMail yang berkapasiti yang terus meningkat tiap saat yang seterusnya disaingi Yahoo! yang menyediakan storan tanpa had ! Google menerima tamparan hebat lagi apabila Yahoo! melancarkan interface baru untuk akaun emel penggunanya yang lebih mesra rakyat.

Kali ini Yahoo! melancarkan nama domain baru untuk pengguna emelnya yang lebih mudah! YMail dan RocketMail. Agak menarik daya tarikan yang diberikan Yahoo! untuk mengembangkan lagi produknya.

Walaupun namanya yang berbeza, tetapi masih mengekalkan storang yang sama dan semuanya sama, hanya namanya berbeza. Untuk kelainan, lebih senang dan ringkas. Aku sekali tengok terus tertarik.
Gmail sudah.Ymail pun sudah. Kau plak ? Masih Hotmail ?

June 21, 2008 | 4 Comments | Permalink
Page 1 of 11